Tuesday, May 10, 2011

friends :)

aku ade sahabat paling istimewa,since aku high school lagi , bkn 3 atau 4 tapi 2 :)

tak lain tak bukan bee and caza.aku rasa benda ni aku dah ulang byk kali kot. dorang jela kawan yang betul2 faham aku, kita orang kongsi byk cerita, tak kira pahit atau manis. tak semua benda tu kita orang serasi atau orang cakap sekepala la, kita orang pernah bergaduh tapi akhirnya baik balik sebab family kita orang memang dah kenal dah. kalau time sekolah nak hangout, mesti kita orang bertiga keluar sama. WAJIB ! orang lain tak selalu la lepak sama. orang akan pelik la kalau tengok geng kita orang tak cukup kuota. hehe :D happy dan sangat2 bersyukur sebab Allah bagi aku sahabat macam korang. SORRY kalau sepanjang kita berkawan ni , aku ada terkasar bahasa or terkurang ajar ke kat korang tau tau :') aku tak sempurna. bagi aku, perkenalan dengan kawan-kawan dekat campus pon merupakan anugerah tak terhingga bagi aku, TERIMA KASIH kepada mereka yang sudi berkawan dengan aku, terima baik buruknya perangai aku, terutamanya roomates aku since sem 1 lagi , ASHA LOT(kak ngah) , KARTINI HALIM(mok) and NURUL AIN( e in- kak long) korang the best la ,sedih,happy,marah,berduka semua korang pernah tengok and lalui sama2 dengan aku. THANKFUL ya ALLAH ! more or less, bagi aku campur tolak 3 tahun aku melanjutkan diploma aku kat negeri orang tu masih belum cukup untuk aku faham apa itu persahabatan bersama korang2 yang ada kat campus tu , maybe sebab kita datang dari area,otak,sudut yang sangat berbeza menyebabkan kita sukar untuk mendapatkan makna di sebalik persahabatan itu. maksud aku di sini ialah kita perlu masa yang panjang untuk lebih mengenali antara satu sama lain :) masalah aku sekarang yang paling besar ialah KAWAN , kenapa setiap sem perlu ade masalah dengan kawan, aku sangat2 fed up ye. aku selalu terfikir, kenapalah aku duduk asrama. duduk rumah kan best . Hmmm , experience teach us the real life, isn't it ? ALHAMDULILAH, cerita pasal study, satu je mama baba selalu pesan , nothing is easy in this world,but it can be easier if you try harder :')

nurul nabihah saahari(nns) :)
MY BEE

nur syazalina binti ridzuan :)
MY CAZA

Ini merupakan sahabat hingusan saya sejak saya di bangku sekolah,lihat atas ^,^


ASHA ROSHADA BT LOT HASHIM
(kak ngah)

NORKARTINI BINTI HALIM
(mok) 

NURUL AIN BINTI MOHAMAD
(kak long)
bersama gewe tercinta merangkap abg long kawe yo,
abe capik :D

serasi tak kami ? hehe <3

SITI ZALEHA
(abg sayanggku)
terima kasih kerana banyak membantuku :')

bersama penari dangdut kopi o PERMAI INN.
Hehe,
terima kasih kerana menghiburkan kami
ahli2 GEMALAI BAYU :)

ini family saya , ganurian family, tapi aku sedih sebab family ni dah tak macam family,
takde lagi lepak sama,makan sama, no more.
maybe sebab korang ada commitment masing2 :)
hope dalam hati korang ,
tak pernah lupa ini FAMILY KITA :')

Ini merupakan sahabat handai saya di CAMPUS UiTM CHENDERING, KUALA T'GANU



Sunday, May 8, 2011

Hari-hariku adalah harimu,MAMA :')

HAPPY MOTHERS DAY , Madam Hajjah Maznah binti Mahmud :)
adek tak mampu nak belikan mama bungalow impian mama, kereta mewah lengkap dengan pemandu, 3 orang pembantu rumah, 2 orang tukang kebun , tak mampu mama , tanpa mama adek kosong :'( mamalah pelengkap dan penyeri hari-hari adek. tak kira adek duduk jauh atau dekat, tak kira adek kt KL atau kt KT . everyday you call me , you ask everything about me , how concern you are, mum . thanks for all you have given to your children, abang and adek . i know , you have sacrificed a lot for us , you support all our expenses , no matter in what way , you wanna see us success like you . i'll try my best to be the best just like you. you can hold my words,mama . NC award for you , InsyAllah :') my dream now: I WANNA SEE MY MUM CRY BECAUSE OF MY SUCCESSFULNESS NOT BECAUSE OF MY FAILURENESS , Amin :')

Per-JALAN-an hidup di perantauan

ceh, cerita nak gebang je , macam jauh sangat je en perantauan tu. HAHA ! aku just nk story pasal kehidupan aku sepanjang aku sebagai siswi semester 2 :)

AL-KISAH
first and foremost,
so glad i'm still with my old roomates ,
ASHA LOT of course, MOK and KAK LONG ;)
banyak duka daripada suka actually,
lepas satu, satu masalah timbul,
ALHAMDULILAH ya Allah kerana Kau berikan ku ujian
tanda kau masih mengingati hamba-Mu :)
firstly , thanks kepada mereka yang banyak memberi moral support
antara dugaan yang aku terima:
1. surat amaran daripada Puan S.
kesalahan: jemur baju dekat tingkap.
seumur hidup aku,aku tak pernah ada masalah disiplin.
alih2 kat U kesalahan aku bagi aku benda yang remeh .
memang culture shock la aku dgn baru bangun tidurnya ,
toleh belakang tgk puan dekat depan pintu bilik .
PERRRGGHHH !
hope sem depan dapat bilik tak menghadap office puan,
kerjasama anda amatlah saya hargai :DD
HAHA !
malu doe time tu aku menangis sungguh, ada ke patut kad matrix aku yang paling HOWWTT kena rampas .
macam pelarian pulak aku rasa :(
korang mesti nak tahu en kenapa aku jemur kat tingkap ?
korang buzz aku , nanty aku cerita.
sini tak boleh . aku takut ada orang jadi mata-mata
mati pulakk aku sem depan tak dapat kolej .
HEHE !
lepas kejadian tragis tu,
mama suruh beli ampaian sendiri kongsi satu bilik.
DONE !
dapat dah , dalam RM60 tak silap.
H E A V E N rasa time tu sebab tak perlu la aku nak risau bila la boleh kering baju2 aku.
adess !
tak sampai sebulan , ampaian aku patah .
memang aku suka kan .
aku tahu benda tu patah bukan sebab baju berat.
ANIAYA !!!
takpe2 , Allah nampak la ,
kita jumpa la kat mahsyar nanty .
MOOD: REDHA :)
banyak kali jugak la asal sidai baju je jatuh ,
memang aku bersyukur sangat kepada mereka yang takde kerja lain dok asek
menjatuhkan baju kami tu,
TERHARU ni :")
Dah lepas beberapa bulan lak,
baju aku,
imported punya tau,
sedih nak cerita ni tapi nak gak cerita sebab geram punya pasal.
kain kurung mama belikan kat Singapore habis kena cat BUDAK2 AD,
aku tengok memang luruhlah hati ni, nak2 pulak mama yang marah aku.
memang aku minta baju tu jadi camtu en .
For me, baju tu takde kat kl , mahupun di JALAN TAR ,
aku tak pernah jumpa lagi .
berapa hari kita orang cuba lunturkan,
namun tidak berjaya :'(
sedih rasa.
Nasihat aku cuma satu, kepada mereka warga2 AD , saya harap sangat tolonglah
peliharalah alatan2 korang supaya tidak memudaratkan orang lain.
I'M BEGGING YOU .
sebab cat korang tu , cacat baju strawberry aku.
korang letak sangat sesuka hati , dekat dengan ampaian lak tu ,
bukan satu tapi TIGA .
mana sikap toleransi kamu?
MOOD: KECEWA :'(
Ujian seterusnya, tak lain dan tak bukan masalah yang sama seperti sem 1,
K A W A N .
aku tak tahu la pemikiran budak UNIVERSITI sekarang macam mana,
ada lagi ke fikiran kolot ?
aku tahu ramai tak suka aku ,
korang jangan tipu,
lagi2 orang yang rapat dengan aku,
siapa makan kinder bueno dialah terasa lazatnya :)
kenapa perlu benci aku ?
jangan hypocrit, kalau rasa tak senang dengan aku,
face to face .
aku boleh terima apa saje korang nak mencarut depan aku.
S E R I O U S , S E R I O U S
bukan aku yang nak orang kawan dengan aku,
orang yang nak datang kawan dengan aku,
takkan aku nak cakap
" KAU BLAH SEKARANG , AKU TAKNAK KAWAN DENGAN KAU"
adil tak macam tu ? hanya kerana nak jaga hati KAU !
aku niat baik nak tolong orang, orang minta aku ajar
orang minta tolong, aku tak tolong aku dosa.
tapi kenapa ada segelintir kawan-kawan aku sendiri yang anggap aku rampas kawan daripada dia orang ?
W H Y ?
aku tak pernah ada niat pun nak rampas siapa2 daripada siapa2 .
S U M P A H !
aku sendiri dah cakap , kalau rasa aku ni membebankan ,
tolonglah , kau pergi duduk bawah ketiak dia,
aku tak kisah kalau aku takde kawan,
aku boleh hidup daripada aku kena fikir masalah2 yang tak patut timbul ni .
kepada yang membaca,
please , faham aku :'(
ada lagi satu kes kawan,
BACA MESSAGES orang .
lagi pelik ni wehhh .
kenapa doe kau ni suka sangat amek tahu privacy orang ?
aku pernah jadi mangsa.
T H A N K S !
aku banyak message 18sx doe dengan gigolo aku .
MALU KOTTTT !
haha :D
berhentilah buat kerja yang tak mendatangkan faedah pun untuk kau .
adeh !
dah tkde kerja cakap,
aku carikan kerja BAEKKKK PUNYA untuk kau .
tapi anehnya di sini, bila aku tanya pasal orang ,
slumber kau cakap
" ntah, malas nak amek tahu hal orang "
rasa macam nak gelak keldai pun ada .
HAHA !
 
aku still buntu memikirkan masalah2 ni ^,^
 



Sunday, April 3, 2011

I DO LOVE YOU TOO < 3

assalamualaikum pembuka coloteh ;)
lama rasanya tak update ini blog ,
memang lama pon kan .
hehe ,
 Rasa macam nak jadi jiwang la malam ni ,
BOLEH TAK ? ;)
Hye cowok :)
awak dah updatekan blog awak,
turn saya pulak mencarut pasal awak ,
tukar la , pakai aku kau lak .
haha .
thanks sebab sudi and tak malu nak express kan feeling kau kat blog tu.
bukan senang aku nak tengok laki tak segan nak jiwang-jiwang kat blog .
ade CORRECTION rasanya dengan cerita pertemuan pertama kita .
Hari tu , aku borak-borak dengan Asha ,
aku tanya dia macam mana tiba-tiba kau boleh cakap nak kenal dengan aku?
Then Asha pun ceritalah
AL-KISAH
time modul sem 1 Korea tiba-tiba tanya Asha
"siapa perempuan putih-putih pakai tudung yang selalu dengan kau tu ek? "
Asha pon cakap " Faralah tu , roomate aku"
OH STALKER !!
haha,
dalam diam-diam en kau usha ,
eyh ,
tapi kan aku ingat lagi .
time tu  belum modul, pernah sekali aku terserempak dengan kau,
time tu betul-betul mata kau dengan aku sama-sama pandang ,
then, kau pandang tempat lain .
tak sangka aku dengan kau sekarang .
hehe <3
lepas tu ni kes kau kata time first kau kacau aku ,
bukan kat kedai makan kak rock atau di mana-mana ,
tetapi di depan kedai KAK BEYONCET :D
aku ingat lagi time aku dengan asha mengadu, makanan dah habis,
kau boleh pulak suruh beli ketam kat kedai kak rock dah tu suruh kongsi en ,
sengal ape doe beli ketam , kedai kak rock pulak tu ,
hilang selera la camtu ,
Dah lepas tu kan, yg kasi number aku tu cerita korea dengan asha ,
dorang la nak jodohkan kita sebabnya korea cakap kau minat aku( macam tulah asha cerita ) ,
menggelabah ape doe, haha !
tapi aku tak kisah time tu ,
niat aku time tu nak mencari sahabatkan :)
tak sangka pulak dalam sahabat-sahabat tu timbul kasih dan sayang <3
 tapi aku still taknak declare sebab aku takut aku akan hilang kau .
aku taknak kisah-kisah cintan aku berulang lagi , tak sanggup duh .
sampai bila aku nak macam tu je .
kali ni aku taknak declare dengan sape-sape,
aku nak terus orang masuk meminang aku, tunang, nikah, bersanding, HAHAHA !
kuat berangannya la aku ni ,
tapi itulah impian kedua aku selepas aku berjaya dalam hidup,
Berjaya dalam hidup merupakan impian utama aku, hadiah paling berharga untuk baba and mama,
aku nak nanti time aku dah besar , dorang hidup atas kemewahan aku , bukan lagi dengan
harta dorang
Adek loves both of you, baba mama :')
<3 you juga FM


Thursday, February 17, 2011

once again

Assalamualaikum :)
lama dah kawe dok update blog ni haa .
bukan apa ,
busy banyak kerja .
tiba-tiba malam ni rasa macam hati berscelaru pulak .
aku just nak luahkan apa yang aku rasa since aku kat ganu ni .
jujurnya ,
aku memang rasa tention+stress+penat sem 2 ni .
ada je benda tak kena.
paling ketara MARKETING aku .
semakin merundum sero .
aku makin tak faham apa yang dia ajar kat depan .
maybe sebab aku tak pernah buka buku dia kot kat bilik .
aku takut kalau-kalau kejayaan sem lepas aku tak dapat sem ni .
punah kot harapan mama baba nak tengok aku berjaya .
dah macam-macam dorang korbankan untuk aku .
takkan nak dapatkan 4.0 flat tak boleh FARA ?
fara !
Kau tak boleh pandang remeh subject2 yang kau rasa kau boleh buat eyh .
sekali kau gagal kau akan menyesal tak sudah .
kau kena berjanji pada diri sendiri kau takkan kecewakan orang-orang kat kl
yang setiap hari setiap detik call kau dari jauh tanya kau kat ganu okay ke tak .
kenang budi orang tuamu FARA .
lets start again to be more powerful like you used to be !
DON'T BE LAZY !
FRESS UP YOUR MIND !
NEVER LEFT YOUR PRAYERS !
ALWAYS PRAY FOR YOUR SUCCESS !

A M I N :')

Sunday, January 16, 2011

What a L I F E +.+'

bosangnya la duduk kat campus ni ,
schedule dah la macam cirit.
kejap pack kejap free.
U N B A L A N C E D
betul ke dorang cakap this year 3 sem straight ?
macam auta je .
kenapalah sampai part aku semuanya nak bertukar ,
korang ni banyak tengok cerita ultraman ek ?
dahsyat dahsyat !
camno la den nak blajo dgn tenang kalau dok tukar sano
tukau sini .
adeh adeh adeh .
dah dah la mengarut ni Fara Kamarudin :)
MAMA !!
adek tak sabar nak balik raya cina ni .
bosang ma dok ganu ni .
amek adek kat hentian putra tahu .
muah muah !
miss klrian so much much !! <3

Friday, January 14, 2011

P e p a g i :)

Selamat Pagi MALAYSIA !
hehe .
bahagianya sebab buat pertama kalinya aku dapat bangun awal
taklah awal sangat .
pukul 10 lebih la gak .
HAHA !
PUNCA-PUNCA:
tengah sedap tidur kat bawah dengan asha lot,
ada orang ketuk pintu bilik banyak-banyak kali
aku dengar orang ketuk pintu tapi aku 'BASO LAYE'
haha .
asha manusia paling rajin pada abad ni , dia dengan mamainya
menyambut kedatangan hamba Allah itu ,
nak tahu siapa datang ?
nak tahu sungguh ni ?
betul ke ni ?
pasti sangat-sangat ni ?
HEHE .
ada senior kot datang
dialog dia berbunyi:
"adek nak beli nasi lemak tak ? panas-panas ni,
tak payah turun bawah beli makanan lagi"
aku tunggu akak ni blah je sebab nak gelak kuat-kuat .
HAHAHAAHHAHAHAH !
akak ni buat lawak ke ?
tahu-tahu je S206 malas-malas belaka nak turun bawah cari makanan ,
aku pon apalagi , hulur duit kat asha suruh beli .
H E A V E N la duhh ..
kalau hari-hari macam ni kan best .
tak payah aku naik turun tangga semata-mata nak beli nasi lemak .
T H A N K S akak :))
even akak dah membantutkan mimpi saya tadi .
hahaha .
S A T U R D A Y LI F E <3