Friday, May 11, 2012

Thankful to be His guest

assalamualaikum.
first and foremost, just want to say sorry because quite a long time i didn't update this blog.
#practiceMUETkatanya. hehe.
aim update ni just nak berkongsi kisah mengayat hati ni.
  Pada tanggal 28hb April 2012, aku telah dipanggil mengahadap Ilahi. bukan meninggal dunia doii. tapi meninggalkan Malaysia untuk menjadi tetamu Allah di Madinah-Makkah.
cerita macam bestkan ? Allah kalau nak kasi dugaan bila-bila masa je kawan-kawan. peritnya Dia sahaja yang tahu.
  Tarikh sebenar berangkat adalah pada 22hb April 2012 kemudian diawalkan pada 21hb April 2012. Oh tidak lagi kerana tarikh dipindahkan pada 26hb April 2012. Dalam hati ni memang dah sumpah seranah dah travel agency uh. Maybe sebab aku banyak menyumpah tarikh ditunda lagi pada 28hb April 2012.
  Imagine betapa besarnya dugaan Allah. Aku dan mama mengikuti rombongan dari Kedah konon mama nak jumpa kenalan lama yang merangkap menjadi ketua rombongan pada masa itu.Aku pun ya kan jelah.
Rombongan Kedah sejak 26hb April 2012 lagi telah menetap di sebuah hotel di Nilai dek kerana malu dah buat kenduri bagai. Aku dan mama bertolak ke Nilai pada petang 27hb April 2012.Pada petang hari tu, Dato Amran datang kasi briefing. Dengar cerita flight transit di Singapore.Korang bayangkan tambah lagi satu dugaan.
 This is Changi Airport, Singapore
 Bag still tidak beranak lagi :)
Snapping picture with recycle bins, Unique ! :D

  Perjanjian masa bayar dekat office cakap flight semua straight away. Ni kena transit pulak. Nak dijadikan lagi panas kena naik bus untuk ke Singapore.Mama cakap dah macam kembara Tanah Suci dah ni. Sabar lagi. Pagi 28hb April 2012 kami seramai 63 orang jemaah bertolak bersama-sama dua buah bus ke Kota Singa. Perjalanan mengambil masa kurang 4 jam sebab cina tu bawa bus macam bawa DUCCATI. haha !
  Yang lebih sedih,driver bus hantar salah terminal. gila sedih kena angkut bag pegi ke terminal sebenar. adoiii. Rombongan dahlah semua yang tua-tua belaka. Memang letih kalau jadi dorang. Lepas dah kumpul ramai-ramai check in bagai, flight dari singapore berlepas pada pukul 5 petang waktu tempatan. hewhewhew macam berita pulak. Ingat fligt terus ke Jeddah. Tak jugakkkkkkk. Kami fly ke Riyatt. Memang melancong sakan kita orang ni.
  Naik Suadi Airlines makan gila banyak kali dia bagi memang nak tidur pun payah. Alangkah bahagianya kalau apa yang dijanjikan travel agency tu ditunaikan seperti yang rombongan lain dapat . hmmm . Banyak dosa banyak dugaannya. ye dok ? :') dah lepas tu kami fly ke jeddah. Sampai sahaja di Jeddah terus check imigresen Arab Saudi. Strict doi dorang ni. Yang seksi meksi, free hair long hair semua kena tahan. Kesian betul .. Tulah hikmah bertudung. Sampai sana kena bertutup litup. Hipokrit sungguh depa habak .
  Dari Jeddah kami terus ke Madinah menaiki bus. Beberapa jam kemudian sampailah ke sana.
MOVENPICK HOTEL,MADINAH

PERKARANGAN MASJIDIL NABAWI

WAITING FOR ZIARAH LUAR :)

Di Madinah, dekat sana aman je. best je. tenang je.Lagi-lagi dah masuk masjid Nabawi. Ya Allah. dah dekat 12 tahun aku tak jejak kaki kat sana.Untuk pengetahuan korang umrah kali ni merupakan kali kedua dalam hidup aku dan kali ke empat dalam hidup mama. Alhamdulillah Allah still nak jumpa kami dekat tanah suci :') Dekat sana, setiap masa aku berdoa hope Bendera MERAH tak naik sebab bukan senang nak jadi tetamu Allah. Alhamdulillah sekali lagi Allah makbulkan doa aku. aku berjaya masuk ke Masjid Nabawi di mana Nabi Muhammad SAW dimakamkan. Boleh dikatakan setiap waktu ke masjid tapi ada juga yang terkandas sebab nak membeli barang. dekat Madinah hanya tiga hari je. So, kalau dah ke sana nama perempuan takkan tengok je kan . Mesti nafsu membeli tu ada. Tak salah kot bagi aku kalau kita nak kayakan negara Islam :)
 MASJID
My only HEROIN <3
  BUKIT THUR

LADANG KURMA

  Tak banyak mana pun shoppingnya. Barang sedekah tu adalah sikit-sikit :) Nak cerita lagi ni. Untuk ziarah banyak tempat yang dorang bawa. Salah satunya ke Raudhah di mana Makam Nabi disemadikan. Ya Allah, bertuah nasib badan dapat ke sana dua kali. pertama kali masuk relax lah lagi sebab boleh kawal lagi dengan minah-minah arab yang size XXXXXXL uhh. Dorang pandang kita macam semut okay. Langgar tolak pakai jari je. Nak solat pun kena tolak. Seksa betul. Tapi fikir kita pergi sana nak beribadah kita kuatkan semangat jugak :) Kali kedua pergi, belum solat dah menangis teresak-esak aku belakang mama sebab minah-minah arab tu ambush macam aku ni tak wujud. AKU NI BESAR MACAM DINOSOUR !!! tolonglah faham !! Dorang kalau boleh nak tidur dekat situ taknak kasi orang lain masuk. Yang paling kecewa dan terkilan orang sana macam perkauman. Dia akan dahulukan orang dia dan membelakangkan orang asia yang size macam SEMUT ni untuk masuk ke dalam. Dalam Islam amatlah dilarang. Macam mana pun aku tak tahulah dorang ni.
  Mama pujuk aku cakap jangan nangis, Allah sayang adek tu sebab dia bagi ujian dekat adek. Mama size macam aku jugak tapi dia boleh protect aku.Pegang tangan aku tak lepas-lepas. Hebatnya Allah bagi aku seorang ibu yang kuat dan tabah :'')
 
Tamat cerita di Madinah.

MIQAT DI BIR ALI
 Gembira betul makcik dekat mama tu :D
MENARA JAM ZAM ZAM TOWER
(arkitek and engineer MALAYSIA yang buat)
#PROUDTOBEMALAYSIAN :')
   
  Dari Madinah kami berangkat ke Makkah.
Dalam perjalanan ke Makkah, kami ke Bir Ali untuk berniat Ihram di Miqat. Sampai sahaja di hotel, terus siapkan diri untuk menunaikan rukun umrah yang dimulai dengan tawaf dan Saie.
  Ramainya jemaah Allah sahaja yang tahu. Saie memang mencabar umatNya supaya banyakkan bersabar untuk menanti kali yang ketujuh tu. Saie ke Marwah adalah sejauh 3 km kalau tak silap. Orang muda kena kuat. hehe ! Lepas habis Saie tetiba terjumpa Adi Putra dengan Nora Danish dekat Marwah. Selamat Allah tak panggil krew melodi jadi tetamu Dia lagi kalau tak mahu riuh dekat sana.
  Keesokan harinya,kami diberi masa untuk berehat-rehat sebab keletihan melanda. Tapi mana ada orang pergi sana nak rehat-rehat. Masjid mari. Now Makkah tengah banyak constuction. Kiri kanan otw ke Masjidil Haram dari hotel bangunan-bangunan lama tengah dirobohkan. Anda dinasihatkan supaya memakai alat menutup mulut macam doctor selalu pakai tu kalau tidak jadilah seperti saya batuk-batuk, selsema dan akhirnya demam panas. tidak pasal-pasal. Alhamdulillah dapat buat tiga kali Umrah walaupun badan tidak terlalu sihat. Kesian mama layan kerenah aku. Mama cakap aku belum boleh lepas lagi nak pergi haji sebab asyik nangis je tak tahan. heee . muda lagi maa :D
  Dekat sana jugak korang jangan ingat takde dugaan, kami sesama jemaah pun ada yang tak puas hati.
Bagi akulah, pengalaman aku, sorry kalau ada pembaca yang tak boleh terima pendapat aku ni. Orang luar susah nak kamceng dengan orang KL. Aku cakap ni berdasarkan apa yang aku lalui. Ada yang boleh terima tapi tak ramai. Betul tak ? Mama cakap biar jelah mentality kita lain-lain.Janji mama pergi umrah pakai duit sendiri bukan duit dorang. Pelik sungguh.
  Dah selesai rukun Umrah, kami dibawa ziarah luar. Macam-macam tempat bersejarah kami pergi, Penat bukan main lagi dengan panas teriknya tapi excited punya pasal jalan sajalah labuuu. hehe ! :D
GUA HIRA'

LADANG UNTA

Makan dekat Makkah yang kami dapat majority dari Indonesia. Malaysia enggak bisa dipercayai pasalnya kilang kita banyak diterajui oleh bangsa bukan Islam. Apalah dorang ni ,carilah chop jakim yang halal tu, macam susah sangat je en -,-"
  Tamat sudah 12 hari di Tanah Suci dan tiba masa untuk ke Tanah Air. Haaaaa. Tunggu kejap. Korang ingat dah habis ke dugaannya. Last minute kami dapat tahu flight dari Jeddah bukanlah terus ke KLIA tetapi kami akan hirup udara di Colombo,Sri Lanka. Memang syok gila tengah batuk-batuk hidung berair dengan suara Ela aku ni ke sana, DugaanMu Ya Allah !!! :') Selepas tersadai selama dua jam di sana, akhirnya Kuala Lumpur menjadikan ku tersenyum semula. Kini,yang terselamat hanyalah 55 jemaah sahaja kerana saki baki yang lain mempunyai masalah untuk pulang ke tanah air tercinta. Alhamdulillah aku tidak terpisah bersama mama kerana mahramku kini masih berada di Jeddah. Hope dorang akan selamat tiba ke tanah air. Alhamdulillah juga sebab dekat sana baru pandai solat jenazah sebab di Madinah dan Makkah boleh dikatakan setiap waktu solat ada solat jenazah menandakan ada hamba-hambanya yang telah dipanggil ke rahmatullah. Yang disembahyangkan bukan satu tetapi lebih ramai. Bayangkan kalau aku berada di tempat mereka dengan amalan yang tak cukup lagi ni . MasyAllah !!! Kepada rakan-rakanku, sama-samalah kita memperbaiki diri ke arah kebaikan. Bimbinglah saya sekiranya diri ini telah keterlaluan meyimpang ke arah kejahilan termasuk si dia yang ku sayangi. Andai kata kita ditakdirkan bersama,jadilah imam kepada diriku dan anak-anak kelak. ecececeh jiwang lak tapi betul lahh.. Dunia dah semakin tua. Mati sedang mengejar kita. Renung-renungkanlah bersama :")
As salam :)

Sedih sangat hari terakhir dapat tengok rumah Allah ;'(
Aku akan selalu doa untuk sentiasa menjadi tetamuNya. Biarlah orang lain syok holiday ke LONDON,ITALY,FRANCE.
Untuk aku, tiada tempat yang lebih terindah selain di sini :')  <3