Friday, May 11, 2012

Thankful to be His guest

assalamualaikum.
first and foremost, just want to say sorry because quite a long time i didn't update this blog.
#practiceMUETkatanya. hehe.
aim update ni just nak berkongsi kisah mengayat hati ni.
  Pada tanggal 28hb April 2012, aku telah dipanggil mengahadap Ilahi. bukan meninggal dunia doii. tapi meninggalkan Malaysia untuk menjadi tetamu Allah di Madinah-Makkah.
cerita macam bestkan ? Allah kalau nak kasi dugaan bila-bila masa je kawan-kawan. peritnya Dia sahaja yang tahu.
  Tarikh sebenar berangkat adalah pada 22hb April 2012 kemudian diawalkan pada 21hb April 2012. Oh tidak lagi kerana tarikh dipindahkan pada 26hb April 2012. Dalam hati ni memang dah sumpah seranah dah travel agency uh. Maybe sebab aku banyak menyumpah tarikh ditunda lagi pada 28hb April 2012.
  Imagine betapa besarnya dugaan Allah. Aku dan mama mengikuti rombongan dari Kedah konon mama nak jumpa kenalan lama yang merangkap menjadi ketua rombongan pada masa itu.Aku pun ya kan jelah.
Rombongan Kedah sejak 26hb April 2012 lagi telah menetap di sebuah hotel di Nilai dek kerana malu dah buat kenduri bagai. Aku dan mama bertolak ke Nilai pada petang 27hb April 2012.Pada petang hari tu, Dato Amran datang kasi briefing. Dengar cerita flight transit di Singapore.Korang bayangkan tambah lagi satu dugaan.
 This is Changi Airport, Singapore
 Bag still tidak beranak lagi :)
Snapping picture with recycle bins, Unique ! :D

  Perjanjian masa bayar dekat office cakap flight semua straight away. Ni kena transit pulak. Nak dijadikan lagi panas kena naik bus untuk ke Singapore.Mama cakap dah macam kembara Tanah Suci dah ni. Sabar lagi. Pagi 28hb April 2012 kami seramai 63 orang jemaah bertolak bersama-sama dua buah bus ke Kota Singa. Perjalanan mengambil masa kurang 4 jam sebab cina tu bawa bus macam bawa DUCCATI. haha !
  Yang lebih sedih,driver bus hantar salah terminal. gila sedih kena angkut bag pegi ke terminal sebenar. adoiii. Rombongan dahlah semua yang tua-tua belaka. Memang letih kalau jadi dorang. Lepas dah kumpul ramai-ramai check in bagai, flight dari singapore berlepas pada pukul 5 petang waktu tempatan. hewhewhew macam berita pulak. Ingat fligt terus ke Jeddah. Tak jugakkkkkkk. Kami fly ke Riyatt. Memang melancong sakan kita orang ni.
  Naik Suadi Airlines makan gila banyak kali dia bagi memang nak tidur pun payah. Alangkah bahagianya kalau apa yang dijanjikan travel agency tu ditunaikan seperti yang rombongan lain dapat . hmmm . Banyak dosa banyak dugaannya. ye dok ? :') dah lepas tu kami fly ke jeddah. Sampai sahaja di Jeddah terus check imigresen Arab Saudi. Strict doi dorang ni. Yang seksi meksi, free hair long hair semua kena tahan. Kesian betul .. Tulah hikmah bertudung. Sampai sana kena bertutup litup. Hipokrit sungguh depa habak .
  Dari Jeddah kami terus ke Madinah menaiki bus. Beberapa jam kemudian sampailah ke sana.
MOVENPICK HOTEL,MADINAH

PERKARANGAN MASJIDIL NABAWI

WAITING FOR ZIARAH LUAR :)

Di Madinah, dekat sana aman je. best je. tenang je.Lagi-lagi dah masuk masjid Nabawi. Ya Allah. dah dekat 12 tahun aku tak jejak kaki kat sana.Untuk pengetahuan korang umrah kali ni merupakan kali kedua dalam hidup aku dan kali ke empat dalam hidup mama. Alhamdulillah Allah still nak jumpa kami dekat tanah suci :') Dekat sana, setiap masa aku berdoa hope Bendera MERAH tak naik sebab bukan senang nak jadi tetamu Allah. Alhamdulillah sekali lagi Allah makbulkan doa aku. aku berjaya masuk ke Masjid Nabawi di mana Nabi Muhammad SAW dimakamkan. Boleh dikatakan setiap waktu ke masjid tapi ada juga yang terkandas sebab nak membeli barang. dekat Madinah hanya tiga hari je. So, kalau dah ke sana nama perempuan takkan tengok je kan . Mesti nafsu membeli tu ada. Tak salah kot bagi aku kalau kita nak kayakan negara Islam :)
 MASJID
My only HEROIN <3
  BUKIT THUR

LADANG KURMA

  Tak banyak mana pun shoppingnya. Barang sedekah tu adalah sikit-sikit :) Nak cerita lagi ni. Untuk ziarah banyak tempat yang dorang bawa. Salah satunya ke Raudhah di mana Makam Nabi disemadikan. Ya Allah, bertuah nasib badan dapat ke sana dua kali. pertama kali masuk relax lah lagi sebab boleh kawal lagi dengan minah-minah arab yang size XXXXXXL uhh. Dorang pandang kita macam semut okay. Langgar tolak pakai jari je. Nak solat pun kena tolak. Seksa betul. Tapi fikir kita pergi sana nak beribadah kita kuatkan semangat jugak :) Kali kedua pergi, belum solat dah menangis teresak-esak aku belakang mama sebab minah-minah arab tu ambush macam aku ni tak wujud. AKU NI BESAR MACAM DINOSOUR !!! tolonglah faham !! Dorang kalau boleh nak tidur dekat situ taknak kasi orang lain masuk. Yang paling kecewa dan terkilan orang sana macam perkauman. Dia akan dahulukan orang dia dan membelakangkan orang asia yang size macam SEMUT ni untuk masuk ke dalam. Dalam Islam amatlah dilarang. Macam mana pun aku tak tahulah dorang ni.
  Mama pujuk aku cakap jangan nangis, Allah sayang adek tu sebab dia bagi ujian dekat adek. Mama size macam aku jugak tapi dia boleh protect aku.Pegang tangan aku tak lepas-lepas. Hebatnya Allah bagi aku seorang ibu yang kuat dan tabah :'')
 
Tamat cerita di Madinah.

MIQAT DI BIR ALI
 Gembira betul makcik dekat mama tu :D
MENARA JAM ZAM ZAM TOWER
(arkitek and engineer MALAYSIA yang buat)
#PROUDTOBEMALAYSIAN :')
   
  Dari Madinah kami berangkat ke Makkah.
Dalam perjalanan ke Makkah, kami ke Bir Ali untuk berniat Ihram di Miqat. Sampai sahaja di hotel, terus siapkan diri untuk menunaikan rukun umrah yang dimulai dengan tawaf dan Saie.
  Ramainya jemaah Allah sahaja yang tahu. Saie memang mencabar umatNya supaya banyakkan bersabar untuk menanti kali yang ketujuh tu. Saie ke Marwah adalah sejauh 3 km kalau tak silap. Orang muda kena kuat. hehe ! Lepas habis Saie tetiba terjumpa Adi Putra dengan Nora Danish dekat Marwah. Selamat Allah tak panggil krew melodi jadi tetamu Dia lagi kalau tak mahu riuh dekat sana.
  Keesokan harinya,kami diberi masa untuk berehat-rehat sebab keletihan melanda. Tapi mana ada orang pergi sana nak rehat-rehat. Masjid mari. Now Makkah tengah banyak constuction. Kiri kanan otw ke Masjidil Haram dari hotel bangunan-bangunan lama tengah dirobohkan. Anda dinasihatkan supaya memakai alat menutup mulut macam doctor selalu pakai tu kalau tidak jadilah seperti saya batuk-batuk, selsema dan akhirnya demam panas. tidak pasal-pasal. Alhamdulillah dapat buat tiga kali Umrah walaupun badan tidak terlalu sihat. Kesian mama layan kerenah aku. Mama cakap aku belum boleh lepas lagi nak pergi haji sebab asyik nangis je tak tahan. heee . muda lagi maa :D
  Dekat sana jugak korang jangan ingat takde dugaan, kami sesama jemaah pun ada yang tak puas hati.
Bagi akulah, pengalaman aku, sorry kalau ada pembaca yang tak boleh terima pendapat aku ni. Orang luar susah nak kamceng dengan orang KL. Aku cakap ni berdasarkan apa yang aku lalui. Ada yang boleh terima tapi tak ramai. Betul tak ? Mama cakap biar jelah mentality kita lain-lain.Janji mama pergi umrah pakai duit sendiri bukan duit dorang. Pelik sungguh.
  Dah selesai rukun Umrah, kami dibawa ziarah luar. Macam-macam tempat bersejarah kami pergi, Penat bukan main lagi dengan panas teriknya tapi excited punya pasal jalan sajalah labuuu. hehe ! :D
GUA HIRA'

LADANG UNTA

Makan dekat Makkah yang kami dapat majority dari Indonesia. Malaysia enggak bisa dipercayai pasalnya kilang kita banyak diterajui oleh bangsa bukan Islam. Apalah dorang ni ,carilah chop jakim yang halal tu, macam susah sangat je en -,-"
  Tamat sudah 12 hari di Tanah Suci dan tiba masa untuk ke Tanah Air. Haaaaa. Tunggu kejap. Korang ingat dah habis ke dugaannya. Last minute kami dapat tahu flight dari Jeddah bukanlah terus ke KLIA tetapi kami akan hirup udara di Colombo,Sri Lanka. Memang syok gila tengah batuk-batuk hidung berair dengan suara Ela aku ni ke sana, DugaanMu Ya Allah !!! :') Selepas tersadai selama dua jam di sana, akhirnya Kuala Lumpur menjadikan ku tersenyum semula. Kini,yang terselamat hanyalah 55 jemaah sahaja kerana saki baki yang lain mempunyai masalah untuk pulang ke tanah air tercinta. Alhamdulillah aku tidak terpisah bersama mama kerana mahramku kini masih berada di Jeddah. Hope dorang akan selamat tiba ke tanah air. Alhamdulillah juga sebab dekat sana baru pandai solat jenazah sebab di Madinah dan Makkah boleh dikatakan setiap waktu solat ada solat jenazah menandakan ada hamba-hambanya yang telah dipanggil ke rahmatullah. Yang disembahyangkan bukan satu tetapi lebih ramai. Bayangkan kalau aku berada di tempat mereka dengan amalan yang tak cukup lagi ni . MasyAllah !!! Kepada rakan-rakanku, sama-samalah kita memperbaiki diri ke arah kebaikan. Bimbinglah saya sekiranya diri ini telah keterlaluan meyimpang ke arah kejahilan termasuk si dia yang ku sayangi. Andai kata kita ditakdirkan bersama,jadilah imam kepada diriku dan anak-anak kelak. ecececeh jiwang lak tapi betul lahh.. Dunia dah semakin tua. Mati sedang mengejar kita. Renung-renungkanlah bersama :")
As salam :)

Sedih sangat hari terakhir dapat tengok rumah Allah ;'(
Aku akan selalu doa untuk sentiasa menjadi tetamuNya. Biarlah orang lain syok holiday ke LONDON,ITALY,FRANCE.
Untuk aku, tiada tempat yang lebih terindah selain di sini :')  <3

Sunday, November 6, 2011

Anugerah Allah :')

assalamualaikum pembaca setia,

 First of all, aku nak panjatkan kata syukur kepada Ilahi kerana diberi kesempatan untuk bernafas lagi di muka bumi yang penuh dengan nikmat ini. Aim aku update blog aku ni sebab dah lama tak update, dah berhabuk dah kalau blog ni dalam bentuk buku, haha. Aku just nak luahkan beberapa isi hati aku yang aku rasa banyak sangat dah terbuku dalam hati ni #takkan isi hati dalam jantung pulak. Pertama-tamanya, ALHAMDULILLAH SYUKRILLAH sebab Allah still kasi aku chance dapat DL lagi semester 3 aku, actually aku tak jangka pun sebab paper sem lepas memang sangat boleh buat aku gugur botak licin especially QMT181. Wa cakap lu macam tak payah belajar jelahhh,duduk tidur tunggu hari jawab exam jehh, tapi last-last Puan yang awet muda tu, hihi kasi aku A gak tapi ade MINUS la :P Papepun aku sangat berterima kasih dekat lecturer lecturer yang pernah mengajar aku dari semester 1 sampai la sekarang ni . Sebab mereka aku menjadi seorang yang cerdik pandai, cehhh ! poyo pulak :D Sebab mereka aku yang tak tahu apa apa boleh jadi manusia macam sekarang, tidak lupa jugak doa,bimbingan dan dorongan babamama even dari jauh banyak memberi impak untuk aku teruskan perjuangan dekat negeri orang. Jauh brooo ganu dengan kl , pffttt :)
Sangat berharap supaya baki 3 semester aku,aku dapat maintain prestasi aku dalam akademik dan terus melangkah untuk mendapatkan ANCondominium buat mereka yang aku cintai <3 Tapi aku ingat naik sem baru ni aku nak active sikit tapi tak tahulah kan sebab bukan ada banyak masa pun. Activity pun kena tengok gak apa faedah aku dapat, kalau setakat habehkan boreh jah baik aku tak payah active :)
habis bab result 4 NOVEMBER 2011 =)

Ni cek nak habak mai ni, pasal issue yang sedang hangat ni. Pasal tak puas hati dalam menjalankan kerja atau assignment berkumpulan. Aku pun agak benganglah kan, SANGAT BENGANG kalau ada group members yang tak bagi komitmen sepenuhnya. Maksud komitmen di sini ialah melibatkan diri secara keseluruhan dalam menyiapkan kerja yang dipertanggungjawabkan. Aku sendiri admit memang kalau dah assignment mesti semua kena terlibat sebab last last memang akan ada presentation sebab nama pun universiti kan tapi dalam nak mencari,merangka,mengolah articles tu yang agak mengecewakan aku sebab ada pihak yang ambil endah tak endah. Come on lah , korang buat pun bukan sebab orang lain sebab nak bagi korang knowledge gak untuk future nanti. Dah kalau time study ni semua benda korang nak orang suap, korang ingat time korang kerja nanti ada orang nak kesian ke kat korang? H E L L O ?? Company sendiri maybe bolehlah tapi family kita sendiri majority makan gaji dengan orang kan .. So, aku nak korang fikirlah sendiri. Bab titik peluh sendiri, doa mak ayah tu korang fikirlah semula maksud statement korang tu. Betul ke titik peluh sendiri ? orang bagi script korang tukang baca pun boleh berpeluh ke? Dah kalau korang baca pun dah peluh, kalau orang yang dok menyusun ayat, keluarkan statement semua tu apa ? dingin sejuk macam duduk dalam bilik boss, macam tu ke? Cecite kat cek, MAK AYAH mana yang tak doakan kejayaan anak-anak? pokok pangkalnya diri sendirilah, effort korang untuk berjaya. Everyone nak berjaya tapi kalau setakat pasang niat,habuk pun tarak. Just dreaming on lahh .. hiduplah dalam dunia khayalan yang korang sendiri reka. Aku tak tunding jari dekat siapa-siapa. Aku nak korang muhasabah diri ingat balik betul tak apa yang korang buat selama ni. Aku ngaku aku sendiri pun serba kekurangan,aku berani tulis sebab aku dulu dengan aku sekarang sangat berbeza. Aku banyak menghabiskan masa dan duit babamama tanpa buat dorang bangga. Aku tulis ni sebab aku belajar daripada kegagalan aku yang lepas. Sebelum aku start belajar ni, mama pesan " adek,Allah bagi adek kesempatan untuk sambung belajar ni,tolong mama study rajin-rajin okay" betapa besarnya impak dari kata-kata mama dulu :') #sangat pilu dah ni
tamat untuk sesi dari blog turun ke hati :)

Ni babak aku agak terasa hati jugaklah kan, pasal sahabat. Aku ada terbaca status seseorang dekat fb yang aku still anggap dia kawan lagi kot. Aku rasa dia ni dah banyak ketinggalan dan terpaksa berlari untuk kenal dunia sekarang. Aku ngaku memang aku tak boleh nak dekat dengan kau rapat macam dulu bukan sebab aku dah ada siapa siapa. Sebab aku rasa bila aku dekat dengan kau, hati aku rasa sakit. Maybe sebab time kita rapat kata-kata(maybe kau dah biasa dengan member2 sekolah kau) yang keluar dari mulut kau agak tak boleh terima oleh telinga aku tapi aku ni jenis diam je,aku layan je.. Kau update pasal sahabat yang bila kau susah dorang sentiasa ada. Nampak sangatlah kau tak appreciate kitaorang selama ni. Memang aku sangat tersentap dengan status kau. Terima kasih tidak terhingga kerana sangat bijak memilih kawan. Aku tak kata dorang tu jahat tapi kalau kau rasa dorang tu boleh jadi shabat dunia akhirat kau just enjoy yourself. haaa ! Lagi satu, nanti sem depan korang boleh tubuhkan group assignment sendiri, so kitaorang tak payah bersusah payah nak tolong kau, okay ? Aku nak tengok betapa full marknya carry mark korang, THANKS WEHHH .sangat sukacita aku baca status kau. Aku ni baik baik jugak, loading loading jugak, pendiam pendiam jugak, tapi jangan ingat aku ni tak pandai terasa. # start kau kenalkan aku dengan member kau lagi aku dah banyak makan hati dengan kau, sumpah aku cakap hati aku banyak nanges sebab kau. Even mama aku sendiri dengar rintihan aku time kitaorang on called. Aku diam bukan sebab aku takut tapi sebab aku nak lebih kenal kau yang sebenarnya. Aku diam sebab aku nak tengok siapa boleh jadi kawan dan siapa boleh jadi lawan. Barulah aku tahu dunia luar yang sebenarnya.
tamat babak sahabat.


Thursday, July 7, 2011

Sabarkan aku Ya Allah =')

assalamualaikum =)
pada masa dan saat aku berblog ini, deras airmataku sedang setia menemaniku
aku rindu suasana kat rumah.Hari-hari aku rasa benda ni tapi malam ni aku rasa lain gila.
aku rasa memang aku nak balik.
aku nak tinggalkan ganu ni.
aku tak mampu dah nak tanggung dugaan duduk dekat negeri orang.
satu-satu masalah datang.
subject semakin meningkat sem semakin susah.
dengan jangka masa sesem yang disingkatkan soalan yang setiap hari aku tanya pada diri sendiri
"boleh ke aku DL lagi sem ni?"
ikutkan hati aku nak NC AWARD.
aku nak hadiahkan untuk keluarga aku especially mama.
aku nak tengok airmata gembira dia jatuh depan aku time aku grad nanti.
aku nak sangat.
itu impian aku masuk UiTM.
Allah sayang aku thats why dia bagi aku banyak dugaan.
itu yang selalu aku motivate diri aku,
satu je tujuan aku datang sini.
aku nak bawa balik something valuable.
aku sambung belajar pun sebab mama.
ikutkan hati aku taknak sambung belajar dah lagi-lagi nak bertapak kat ganu ni,
bukan 6 7 minit dari rumah tapi 6 7 jam.
bagi korang yang dah sememangnya duduk ganu memang susah nak rasa susah macam aku yang memang orang jauh ni.
harapan aku lepas ni, aku nak terus mara ke depan demi mencapai cita-cita aku dan juga mama.
mama cakap, kalau dah ditakdirkan kejayaan itu milik kita, insyAllah kita akan kecapi kejayaan tersebut,
pesan mama lagi , berusaha,bedoa dan akhir sekali bertawakallah :')

MOOD: rindu mama ='(

Friday, July 1, 2011

hari minggu

assalamualaikum to all my blog readers,
dah lama rasanya tak update ini blog, hari aku post blog ni adalah pada hari jumaat. Hari Modul Semester 3 aku berlangsung. B O S A N doe. Wajib punya pasal kenalah pergi kan. Hmmm. aku sangat sangat la bosan di sini kerana roomatesku yang gila gila dulu tiada lagi , mereka digantikan dengan orang baru. Aku rindu dorang.Before aku update ni Mok ada datang singgah anta meja belajar aku.Mok di sini bermaksud salah seorang mantan roomate aku yang dulu, Rindu gila la :'( aku bosan la duduk dekat Ganu sekarang. Life takde langsung. Mama lak tak bagi aku keluar selalu sebab Ganu ramai M A T R E M P I T katanya. Tapi memang betul pon.Macam takde benda lain je nak buat. Padahal banyak lagi kerja boleh buat. HAIHHH .Tak faham aku. Pada saat dan hari ni aku dah tak sabar dah nak tunggu dua minggu hari lagi tu , aku nak C U T I I I I I , sesungguhnya duduk di perantauan amat menyeksakan , PFFFFTTTT . aku berharap degree nanti aku tak tercampak kat sini lagi. Terseksa kot. Balik cuti ni aku diberi kejutan renjatan electric. Mama nak bawa pegi holiday tempat biasa, Land of Merlion tapi kali ni mama kata overnight dekat Johore Baharu =) Hadiah terindah buat cuti midterm aku yang tak berapa nak lama. HAHA . aku berharap sem ni aku dapat DL lagi , insyAllah kalau rezeki berpihak pada saya . A M I N =") doa korang pun amat bermakna untuk aku , tolong doakan kejayaan saya ye kawan kawan , Muah muah muah =)

Sunday, May 15, 2011

La Cruise D Putrajaya :)

assalamualaikum and a very good evening to all readers,
seperti biasa saya captain pada hari ini akan membawa anda-anda semua ke dunia keriangan dan kegilaan saya, cabin crew diminta untuk melayan passengers di atas pesawat :D terima kasih ! hari ni , hari yang memenatkan aku tapi berbaloi la penat aku sebab dapat naik boat . aku bertolak dari rumah pukul 10.30 pagi , PERGGGGHHHH ! jam la doe . aku stuck dekat kg pandan dekat satu jam doe , ape cer ni rakyat malaysia dah kaya sangat sampai semua orang pon nak kua ni , alih2 sampai di suatu traffic light , korang nak tahu kenapa jam ? sebab DBKL buat jalan . ape bongok la doe buat time-time orang cuti .siang pulak tu , tak ke aku rasa macam buang duit rakyat je nak kena taa kan balik . belum kering orang dah lenyek , mana tak jalan kat malaysia ni lubang-lubang. aku rasa mcm msok hutan jela drive kat KL ni . adeh ! mama ingat JPN tutup pukul 12 , dia dah risau dah sebab time stuck tu dah pukul 11.30 . lepas je jam tu aku terus speed , lantak la mama nak bebel ke apa janji sempat nak amek I/C baru aku tu en if not bila la lagi doe nak pegi . lu ingat putrajaya dengan ampang dekat ke ? HAHA . aku ikut highway MEX 15 minutes dah sampai . FUHHHH ! lega . tapi kenapa muka aku dalam I/C macam INDON doe , tak faham aku ! aku ada mix ke ? HEHE :P tapi takpe la . janji dah buat en , lepas tu kita orang gerak pergi tasik putrajaya . WALAWEHHH ! nampak cruise la doe , apalagi . mama cepat-cepat ajak makan dulu then solat kat MASJID PUTRAJAYA .Dah selesai semua ingat sempat la naik cruise. tengok-tengok trip dah gerak la duhh . kalau nak naik kena tunggu trip lain pukul 3 pm . mama cakap memang taklah kan nak duduk sana lama-lama . So, we decided naik boat je , mama cakap confirm panas ni . aku cakap redah jela mama daripada tak merasa en . aku tengok mama paling cuak sekali , takut karam kot . HAHA ! aku nak diri pun kena marah , nak sentuh air lagi la tak boleh .apalah mama ni , tgk abg bawak boat tu , relax je , siap offer lagi nak bawak tak boat tu , abg boleh ajar , mama kacau daun la , haha ! Abg tu cool la doe , dia bagi je kita orang nak buat apa , S Y I O K N Y E E E  B O L A ! :D thanks abg sebab bagi kami berangan kejap boat tu boat kami , ada jodoh kita jumpa lagi ye , tapi naik cruise la pulak ;)

yang besar tu cruise, yang kecil comel tu boat :)

having our lunch at SR :)

of course, si cantik ayu manis jelita itu, bonda tercinta saya <3

seperti biasa, makanan saya susah nak habiskan , mama thanks again ;D

on the way to perform our zohore prayer at Masjid Putrajaya :)

before boating <3

she's the one who berani and penakutt , HEHE :P

mama saya :)

saya jakoon :D

my lil brother, dek man and abg boat , PFFFTTT ! ;)

muka ada sama tak ? :D

 


Thursday, May 12, 2011

thankful and appreciate,bie :)

ini budak, FM <3 Siapa pandai teka memang hebat :D
In bm, istimewa buatmu ;)
my birthday present from him ;)

berseni tak saya ? ;p


hye anak mahfuz,lepas kau baca ni , aku harap kau dah tak banyak kali ucap maaf ye :)
aku berterima kasih sebab kau bagi hadiah birthday kat aku even aku langsung tak bagi apa-apa time birthday kau, bagi kau hadiah ni hadiah tak beribu kali mahal, tapi bagi aku kau bagi ni ikhlas, itu amat bermakna buat aku. aku tak pernah kisah pun orang bagi ke tak hadiah kat aku, yg penting hati, nawaitu, aku nak orang sekeliling aku ingat aku, "oh,fara cam amoi tu ke?" oh, fara pendek tu?" "oh,fara sepet tu ke?" aku tak kisah pun orang nak cakap aku ni apa janji orang tahu and ingat siapa aku, itu lebih bermakna. Mama selalu pesan, jangan lihat orang dari apa yang dia beli or pakai. tak semestinya kita pakai branded2 kita kaya dan tak semestinya juga orang pakai simple2 tu tak mampu nak beli kehendak dan kemahuan dia. Pesanan yang takkan aku lupa sampai bila-bila: ADEK,KITA HIDUP BIAR KAYA DENGAN BUDI BAHASA,BUKAN KAYA DENGAN HUTANG :),certain orang lebih mementingkan personality, sanggup berhabis duit hanya dek kerana nak nampak cantik bergaya,pakai kereta kalau boleh nak 9 10 series punya,rumah kalau boleh nak banglo kembar lima bertingkat-tingkat nak lawan KL TOWER,pangkat kalau boleh segala nenek moyang sri nak letak,tapi akhirnya apabila kembali kerahmatullah,waris yang terpaksa menanggung beban hutang si mati, SUBHANALLAH ! hidup sederhana itu lebih dipandang mulia di sisi Allah , InsyAllah ;) TERIMA KASIH sekali lagi di atas pemberian chocolate dan kipas bunga darimu itu, FM ;) really really really appreciate it <3

H I D U P K U :)

Pada tanggal 12 MAY 2011,hari KHAMIS :)
dengan bangganya aku memaklumkan bahawasanya aku telah menjejakkan kaki aku ke SUNWAY PYRAMID, haha ! ini memang bangga habis sebab bukan senang aku nak pegi lepak ke pelusuk dunia tu, aku kena naik 3 train untuk sampai ke destinasi, First,LRT STAR,Second,LRT PUTRA,Third,KTM. saya melalui sorang2 ye benda ni . agak terkejut sebab aku tak pernah travel sorang2. FUHHHH !tapi aku happy :) mereka yang terhibur bersama terdiri daripada,Putera Katakku(FM) merangkap cameraman kami,Korea merangkap abang dan juga driver pada hari itu,shadeeq,zaleha,iezreen,junior part 1(sorry tak tahu nama),ziqa merangkap umiku dan hanny,komander kami.Tidak lupa juga umi zaleha dan adeknya,Yusoff, terima kasih kerana belanja makan pizza hut tadi , ummmmppphhh ! HEHE :D tujuan utama kami adalah

skating on the ice :)
fyi, saya sama sekali tidak jatuh ye, hebat tak?
hehe :D 
excitednya KOREA bila dapat meluncur, AHAHA :p

Korea <3 Iezreen <3 Fara

elak zaleha daripada jatuh :D
P/S: Korang jangan ingat kita orang LESBIAN ye

itu dia, zaleha sudah menunjukkan aksinya :D

elak punya elak, jatuh jua zaleha , hehe :D

Mereka <3
P/S: TERIMA KASIH KEPADA FARHAN MAHFUZ KERANA MENJADI PHOTOGRAPHER KAMI <3