Sunday, May 15, 2011

La Cruise D Putrajaya :)

assalamualaikum and a very good evening to all readers,
seperti biasa saya captain pada hari ini akan membawa anda-anda semua ke dunia keriangan dan kegilaan saya, cabin crew diminta untuk melayan passengers di atas pesawat :D terima kasih ! hari ni , hari yang memenatkan aku tapi berbaloi la penat aku sebab dapat naik boat . aku bertolak dari rumah pukul 10.30 pagi , PERGGGGHHHH ! jam la doe . aku stuck dekat kg pandan dekat satu jam doe , ape cer ni rakyat malaysia dah kaya sangat sampai semua orang pon nak kua ni , alih2 sampai di suatu traffic light , korang nak tahu kenapa jam ? sebab DBKL buat jalan . ape bongok la doe buat time-time orang cuti .siang pulak tu , tak ke aku rasa macam buang duit rakyat je nak kena taa kan balik . belum kering orang dah lenyek , mana tak jalan kat malaysia ni lubang-lubang. aku rasa mcm msok hutan jela drive kat KL ni . adeh ! mama ingat JPN tutup pukul 12 , dia dah risau dah sebab time stuck tu dah pukul 11.30 . lepas je jam tu aku terus speed , lantak la mama nak bebel ke apa janji sempat nak amek I/C baru aku tu en if not bila la lagi doe nak pegi . lu ingat putrajaya dengan ampang dekat ke ? HAHA . aku ikut highway MEX 15 minutes dah sampai . FUHHHH ! lega . tapi kenapa muka aku dalam I/C macam INDON doe , tak faham aku ! aku ada mix ke ? HEHE :P tapi takpe la . janji dah buat en , lepas tu kita orang gerak pergi tasik putrajaya . WALAWEHHH ! nampak cruise la doe , apalagi . mama cepat-cepat ajak makan dulu then solat kat MASJID PUTRAJAYA .Dah selesai semua ingat sempat la naik cruise. tengok-tengok trip dah gerak la duhh . kalau nak naik kena tunggu trip lain pukul 3 pm . mama cakap memang taklah kan nak duduk sana lama-lama . So, we decided naik boat je , mama cakap confirm panas ni . aku cakap redah jela mama daripada tak merasa en . aku tengok mama paling cuak sekali , takut karam kot . HAHA ! aku nak diri pun kena marah , nak sentuh air lagi la tak boleh .apalah mama ni , tgk abg bawak boat tu , relax je , siap offer lagi nak bawak tak boat tu , abg boleh ajar , mama kacau daun la , haha ! Abg tu cool la doe , dia bagi je kita orang nak buat apa , S Y I O K N Y E E E  B O L A ! :D thanks abg sebab bagi kami berangan kejap boat tu boat kami , ada jodoh kita jumpa lagi ye , tapi naik cruise la pulak ;)

yang besar tu cruise, yang kecil comel tu boat :)

having our lunch at SR :)

of course, si cantik ayu manis jelita itu, bonda tercinta saya <3

seperti biasa, makanan saya susah nak habiskan , mama thanks again ;D

on the way to perform our zohore prayer at Masjid Putrajaya :)

before boating <3

she's the one who berani and penakutt , HEHE :P

mama saya :)

saya jakoon :D

my lil brother, dek man and abg boat , PFFFTTT ! ;)

muka ada sama tak ? :D

 


Thursday, May 12, 2011

thankful and appreciate,bie :)

ini budak, FM <3 Siapa pandai teka memang hebat :D
In bm, istimewa buatmu ;)
my birthday present from him ;)

berseni tak saya ? ;p


hye anak mahfuz,lepas kau baca ni , aku harap kau dah tak banyak kali ucap maaf ye :)
aku berterima kasih sebab kau bagi hadiah birthday kat aku even aku langsung tak bagi apa-apa time birthday kau, bagi kau hadiah ni hadiah tak beribu kali mahal, tapi bagi aku kau bagi ni ikhlas, itu amat bermakna buat aku. aku tak pernah kisah pun orang bagi ke tak hadiah kat aku, yg penting hati, nawaitu, aku nak orang sekeliling aku ingat aku, "oh,fara cam amoi tu ke?" oh, fara pendek tu?" "oh,fara sepet tu ke?" aku tak kisah pun orang nak cakap aku ni apa janji orang tahu and ingat siapa aku, itu lebih bermakna. Mama selalu pesan, jangan lihat orang dari apa yang dia beli or pakai. tak semestinya kita pakai branded2 kita kaya dan tak semestinya juga orang pakai simple2 tu tak mampu nak beli kehendak dan kemahuan dia. Pesanan yang takkan aku lupa sampai bila-bila: ADEK,KITA HIDUP BIAR KAYA DENGAN BUDI BAHASA,BUKAN KAYA DENGAN HUTANG :),certain orang lebih mementingkan personality, sanggup berhabis duit hanya dek kerana nak nampak cantik bergaya,pakai kereta kalau boleh nak 9 10 series punya,rumah kalau boleh nak banglo kembar lima bertingkat-tingkat nak lawan KL TOWER,pangkat kalau boleh segala nenek moyang sri nak letak,tapi akhirnya apabila kembali kerahmatullah,waris yang terpaksa menanggung beban hutang si mati, SUBHANALLAH ! hidup sederhana itu lebih dipandang mulia di sisi Allah , InsyAllah ;) TERIMA KASIH sekali lagi di atas pemberian chocolate dan kipas bunga darimu itu, FM ;) really really really appreciate it <3

H I D U P K U :)

Pada tanggal 12 MAY 2011,hari KHAMIS :)
dengan bangganya aku memaklumkan bahawasanya aku telah menjejakkan kaki aku ke SUNWAY PYRAMID, haha ! ini memang bangga habis sebab bukan senang aku nak pegi lepak ke pelusuk dunia tu, aku kena naik 3 train untuk sampai ke destinasi, First,LRT STAR,Second,LRT PUTRA,Third,KTM. saya melalui sorang2 ye benda ni . agak terkejut sebab aku tak pernah travel sorang2. FUHHHH !tapi aku happy :) mereka yang terhibur bersama terdiri daripada,Putera Katakku(FM) merangkap cameraman kami,Korea merangkap abang dan juga driver pada hari itu,shadeeq,zaleha,iezreen,junior part 1(sorry tak tahu nama),ziqa merangkap umiku dan hanny,komander kami.Tidak lupa juga umi zaleha dan adeknya,Yusoff, terima kasih kerana belanja makan pizza hut tadi , ummmmppphhh ! HEHE :D tujuan utama kami adalah

skating on the ice :)
fyi, saya sama sekali tidak jatuh ye, hebat tak?
hehe :D 
excitednya KOREA bila dapat meluncur, AHAHA :p

Korea <3 Iezreen <3 Fara

elak zaleha daripada jatuh :D
P/S: Korang jangan ingat kita orang LESBIAN ye

itu dia, zaleha sudah menunjukkan aksinya :D

elak punya elak, jatuh jua zaleha , hehe :D

Mereka <3
P/S: TERIMA KASIH KEPADA FARHAN MAHFUZ KERANA MENJADI PHOTOGRAPHER KAMI <3




Tuesday, May 10, 2011

friends :)

aku ade sahabat paling istimewa,since aku high school lagi , bkn 3 atau 4 tapi 2 :)

tak lain tak bukan bee and caza.aku rasa benda ni aku dah ulang byk kali kot. dorang jela kawan yang betul2 faham aku, kita orang kongsi byk cerita, tak kira pahit atau manis. tak semua benda tu kita orang serasi atau orang cakap sekepala la, kita orang pernah bergaduh tapi akhirnya baik balik sebab family kita orang memang dah kenal dah. kalau time sekolah nak hangout, mesti kita orang bertiga keluar sama. WAJIB ! orang lain tak selalu la lepak sama. orang akan pelik la kalau tengok geng kita orang tak cukup kuota. hehe :D happy dan sangat2 bersyukur sebab Allah bagi aku sahabat macam korang. SORRY kalau sepanjang kita berkawan ni , aku ada terkasar bahasa or terkurang ajar ke kat korang tau tau :') aku tak sempurna. bagi aku, perkenalan dengan kawan-kawan dekat campus pon merupakan anugerah tak terhingga bagi aku, TERIMA KASIH kepada mereka yang sudi berkawan dengan aku, terima baik buruknya perangai aku, terutamanya roomates aku since sem 1 lagi , ASHA LOT(kak ngah) , KARTINI HALIM(mok) and NURUL AIN( e in- kak long) korang the best la ,sedih,happy,marah,berduka semua korang pernah tengok and lalui sama2 dengan aku. THANKFUL ya ALLAH ! more or less, bagi aku campur tolak 3 tahun aku melanjutkan diploma aku kat negeri orang tu masih belum cukup untuk aku faham apa itu persahabatan bersama korang2 yang ada kat campus tu , maybe sebab kita datang dari area,otak,sudut yang sangat berbeza menyebabkan kita sukar untuk mendapatkan makna di sebalik persahabatan itu. maksud aku di sini ialah kita perlu masa yang panjang untuk lebih mengenali antara satu sama lain :) masalah aku sekarang yang paling besar ialah KAWAN , kenapa setiap sem perlu ade masalah dengan kawan, aku sangat2 fed up ye. aku selalu terfikir, kenapalah aku duduk asrama. duduk rumah kan best . Hmmm , experience teach us the real life, isn't it ? ALHAMDULILAH, cerita pasal study, satu je mama baba selalu pesan , nothing is easy in this world,but it can be easier if you try harder :')

nurul nabihah saahari(nns) :)
MY BEE

nur syazalina binti ridzuan :)
MY CAZA

Ini merupakan sahabat hingusan saya sejak saya di bangku sekolah,lihat atas ^,^


ASHA ROSHADA BT LOT HASHIM
(kak ngah)

NORKARTINI BINTI HALIM
(mok) 

NURUL AIN BINTI MOHAMAD
(kak long)
bersama gewe tercinta merangkap abg long kawe yo,
abe capik :D

serasi tak kami ? hehe <3

SITI ZALEHA
(abg sayanggku)
terima kasih kerana banyak membantuku :')

bersama penari dangdut kopi o PERMAI INN.
Hehe,
terima kasih kerana menghiburkan kami
ahli2 GEMALAI BAYU :)

ini family saya , ganurian family, tapi aku sedih sebab family ni dah tak macam family,
takde lagi lepak sama,makan sama, no more.
maybe sebab korang ada commitment masing2 :)
hope dalam hati korang ,
tak pernah lupa ini FAMILY KITA :')

Ini merupakan sahabat handai saya di CAMPUS UiTM CHENDERING, KUALA T'GANU



Sunday, May 8, 2011

Hari-hariku adalah harimu,MAMA :')

HAPPY MOTHERS DAY , Madam Hajjah Maznah binti Mahmud :)
adek tak mampu nak belikan mama bungalow impian mama, kereta mewah lengkap dengan pemandu, 3 orang pembantu rumah, 2 orang tukang kebun , tak mampu mama , tanpa mama adek kosong :'( mamalah pelengkap dan penyeri hari-hari adek. tak kira adek duduk jauh atau dekat, tak kira adek kt KL atau kt KT . everyday you call me , you ask everything about me , how concern you are, mum . thanks for all you have given to your children, abang and adek . i know , you have sacrificed a lot for us , you support all our expenses , no matter in what way , you wanna see us success like you . i'll try my best to be the best just like you. you can hold my words,mama . NC award for you , InsyAllah :') my dream now: I WANNA SEE MY MUM CRY BECAUSE OF MY SUCCESSFULNESS NOT BECAUSE OF MY FAILURENESS , Amin :')

Per-JALAN-an hidup di perantauan

ceh, cerita nak gebang je , macam jauh sangat je en perantauan tu. HAHA ! aku just nk story pasal kehidupan aku sepanjang aku sebagai siswi semester 2 :)

AL-KISAH
first and foremost,
so glad i'm still with my old roomates ,
ASHA LOT of course, MOK and KAK LONG ;)
banyak duka daripada suka actually,
lepas satu, satu masalah timbul,
ALHAMDULILAH ya Allah kerana Kau berikan ku ujian
tanda kau masih mengingati hamba-Mu :)
firstly , thanks kepada mereka yang banyak memberi moral support
antara dugaan yang aku terima:
1. surat amaran daripada Puan S.
kesalahan: jemur baju dekat tingkap.
seumur hidup aku,aku tak pernah ada masalah disiplin.
alih2 kat U kesalahan aku bagi aku benda yang remeh .
memang culture shock la aku dgn baru bangun tidurnya ,
toleh belakang tgk puan dekat depan pintu bilik .
PERRRGGHHH !
hope sem depan dapat bilik tak menghadap office puan,
kerjasama anda amatlah saya hargai :DD
HAHA !
malu doe time tu aku menangis sungguh, ada ke patut kad matrix aku yang paling HOWWTT kena rampas .
macam pelarian pulak aku rasa :(
korang mesti nak tahu en kenapa aku jemur kat tingkap ?
korang buzz aku , nanty aku cerita.
sini tak boleh . aku takut ada orang jadi mata-mata
mati pulakk aku sem depan tak dapat kolej .
HEHE !
lepas kejadian tragis tu,
mama suruh beli ampaian sendiri kongsi satu bilik.
DONE !
dapat dah , dalam RM60 tak silap.
H E A V E N rasa time tu sebab tak perlu la aku nak risau bila la boleh kering baju2 aku.
adess !
tak sampai sebulan , ampaian aku patah .
memang aku suka kan .
aku tahu benda tu patah bukan sebab baju berat.
ANIAYA !!!
takpe2 , Allah nampak la ,
kita jumpa la kat mahsyar nanty .
MOOD: REDHA :)
banyak kali jugak la asal sidai baju je jatuh ,
memang aku bersyukur sangat kepada mereka yang takde kerja lain dok asek
menjatuhkan baju kami tu,
TERHARU ni :")
Dah lepas beberapa bulan lak,
baju aku,
imported punya tau,
sedih nak cerita ni tapi nak gak cerita sebab geram punya pasal.
kain kurung mama belikan kat Singapore habis kena cat BUDAK2 AD,
aku tengok memang luruhlah hati ni, nak2 pulak mama yang marah aku.
memang aku minta baju tu jadi camtu en .
For me, baju tu takde kat kl , mahupun di JALAN TAR ,
aku tak pernah jumpa lagi .
berapa hari kita orang cuba lunturkan,
namun tidak berjaya :'(
sedih rasa.
Nasihat aku cuma satu, kepada mereka warga2 AD , saya harap sangat tolonglah
peliharalah alatan2 korang supaya tidak memudaratkan orang lain.
I'M BEGGING YOU .
sebab cat korang tu , cacat baju strawberry aku.
korang letak sangat sesuka hati , dekat dengan ampaian lak tu ,
bukan satu tapi TIGA .
mana sikap toleransi kamu?
MOOD: KECEWA :'(
Ujian seterusnya, tak lain dan tak bukan masalah yang sama seperti sem 1,
K A W A N .
aku tak tahu la pemikiran budak UNIVERSITI sekarang macam mana,
ada lagi ke fikiran kolot ?
aku tahu ramai tak suka aku ,
korang jangan tipu,
lagi2 orang yang rapat dengan aku,
siapa makan kinder bueno dialah terasa lazatnya :)
kenapa perlu benci aku ?
jangan hypocrit, kalau rasa tak senang dengan aku,
face to face .
aku boleh terima apa saje korang nak mencarut depan aku.
S E R I O U S , S E R I O U S
bukan aku yang nak orang kawan dengan aku,
orang yang nak datang kawan dengan aku,
takkan aku nak cakap
" KAU BLAH SEKARANG , AKU TAKNAK KAWAN DENGAN KAU"
adil tak macam tu ? hanya kerana nak jaga hati KAU !
aku niat baik nak tolong orang, orang minta aku ajar
orang minta tolong, aku tak tolong aku dosa.
tapi kenapa ada segelintir kawan-kawan aku sendiri yang anggap aku rampas kawan daripada dia orang ?
W H Y ?
aku tak pernah ada niat pun nak rampas siapa2 daripada siapa2 .
S U M P A H !
aku sendiri dah cakap , kalau rasa aku ni membebankan ,
tolonglah , kau pergi duduk bawah ketiak dia,
aku tak kisah kalau aku takde kawan,
aku boleh hidup daripada aku kena fikir masalah2 yang tak patut timbul ni .
kepada yang membaca,
please , faham aku :'(
ada lagi satu kes kawan,
BACA MESSAGES orang .
lagi pelik ni wehhh .
kenapa doe kau ni suka sangat amek tahu privacy orang ?
aku pernah jadi mangsa.
T H A N K S !
aku banyak message 18sx doe dengan gigolo aku .
MALU KOTTTT !
haha :D
berhentilah buat kerja yang tak mendatangkan faedah pun untuk kau .
adeh !
dah tkde kerja cakap,
aku carikan kerja BAEKKKK PUNYA untuk kau .
tapi anehnya di sini, bila aku tanya pasal orang ,
slumber kau cakap
" ntah, malas nak amek tahu hal orang "
rasa macam nak gelak keldai pun ada .
HAHA !
 
aku still buntu memikirkan masalah2 ni ^,^