Sunday, November 6, 2011

Anugerah Allah :')

assalamualaikum pembaca setia,

 First of all, aku nak panjatkan kata syukur kepada Ilahi kerana diberi kesempatan untuk bernafas lagi di muka bumi yang penuh dengan nikmat ini. Aim aku update blog aku ni sebab dah lama tak update, dah berhabuk dah kalau blog ni dalam bentuk buku, haha. Aku just nak luahkan beberapa isi hati aku yang aku rasa banyak sangat dah terbuku dalam hati ni #takkan isi hati dalam jantung pulak. Pertama-tamanya, ALHAMDULILLAH SYUKRILLAH sebab Allah still kasi aku chance dapat DL lagi semester 3 aku, actually aku tak jangka pun sebab paper sem lepas memang sangat boleh buat aku gugur botak licin especially QMT181. Wa cakap lu macam tak payah belajar jelahhh,duduk tidur tunggu hari jawab exam jehh, tapi last-last Puan yang awet muda tu, hihi kasi aku A gak tapi ade MINUS la :P Papepun aku sangat berterima kasih dekat lecturer lecturer yang pernah mengajar aku dari semester 1 sampai la sekarang ni . Sebab mereka aku menjadi seorang yang cerdik pandai, cehhh ! poyo pulak :D Sebab mereka aku yang tak tahu apa apa boleh jadi manusia macam sekarang, tidak lupa jugak doa,bimbingan dan dorongan babamama even dari jauh banyak memberi impak untuk aku teruskan perjuangan dekat negeri orang. Jauh brooo ganu dengan kl , pffttt :)
Sangat berharap supaya baki 3 semester aku,aku dapat maintain prestasi aku dalam akademik dan terus melangkah untuk mendapatkan ANCondominium buat mereka yang aku cintai <3 Tapi aku ingat naik sem baru ni aku nak active sikit tapi tak tahulah kan sebab bukan ada banyak masa pun. Activity pun kena tengok gak apa faedah aku dapat, kalau setakat habehkan boreh jah baik aku tak payah active :)
habis bab result 4 NOVEMBER 2011 =)

Ni cek nak habak mai ni, pasal issue yang sedang hangat ni. Pasal tak puas hati dalam menjalankan kerja atau assignment berkumpulan. Aku pun agak benganglah kan, SANGAT BENGANG kalau ada group members yang tak bagi komitmen sepenuhnya. Maksud komitmen di sini ialah melibatkan diri secara keseluruhan dalam menyiapkan kerja yang dipertanggungjawabkan. Aku sendiri admit memang kalau dah assignment mesti semua kena terlibat sebab last last memang akan ada presentation sebab nama pun universiti kan tapi dalam nak mencari,merangka,mengolah articles tu yang agak mengecewakan aku sebab ada pihak yang ambil endah tak endah. Come on lah , korang buat pun bukan sebab orang lain sebab nak bagi korang knowledge gak untuk future nanti. Dah kalau time study ni semua benda korang nak orang suap, korang ingat time korang kerja nanti ada orang nak kesian ke kat korang? H E L L O ?? Company sendiri maybe bolehlah tapi family kita sendiri majority makan gaji dengan orang kan .. So, aku nak korang fikirlah sendiri. Bab titik peluh sendiri, doa mak ayah tu korang fikirlah semula maksud statement korang tu. Betul ke titik peluh sendiri ? orang bagi script korang tukang baca pun boleh berpeluh ke? Dah kalau korang baca pun dah peluh, kalau orang yang dok menyusun ayat, keluarkan statement semua tu apa ? dingin sejuk macam duduk dalam bilik boss, macam tu ke? Cecite kat cek, MAK AYAH mana yang tak doakan kejayaan anak-anak? pokok pangkalnya diri sendirilah, effort korang untuk berjaya. Everyone nak berjaya tapi kalau setakat pasang niat,habuk pun tarak. Just dreaming on lahh .. hiduplah dalam dunia khayalan yang korang sendiri reka. Aku tak tunding jari dekat siapa-siapa. Aku nak korang muhasabah diri ingat balik betul tak apa yang korang buat selama ni. Aku ngaku aku sendiri pun serba kekurangan,aku berani tulis sebab aku dulu dengan aku sekarang sangat berbeza. Aku banyak menghabiskan masa dan duit babamama tanpa buat dorang bangga. Aku tulis ni sebab aku belajar daripada kegagalan aku yang lepas. Sebelum aku start belajar ni, mama pesan " adek,Allah bagi adek kesempatan untuk sambung belajar ni,tolong mama study rajin-rajin okay" betapa besarnya impak dari kata-kata mama dulu :') #sangat pilu dah ni
tamat untuk sesi dari blog turun ke hati :)

Ni babak aku agak terasa hati jugaklah kan, pasal sahabat. Aku ada terbaca status seseorang dekat fb yang aku still anggap dia kawan lagi kot. Aku rasa dia ni dah banyak ketinggalan dan terpaksa berlari untuk kenal dunia sekarang. Aku ngaku memang aku tak boleh nak dekat dengan kau rapat macam dulu bukan sebab aku dah ada siapa siapa. Sebab aku rasa bila aku dekat dengan kau, hati aku rasa sakit. Maybe sebab time kita rapat kata-kata(maybe kau dah biasa dengan member2 sekolah kau) yang keluar dari mulut kau agak tak boleh terima oleh telinga aku tapi aku ni jenis diam je,aku layan je.. Kau update pasal sahabat yang bila kau susah dorang sentiasa ada. Nampak sangatlah kau tak appreciate kitaorang selama ni. Memang aku sangat tersentap dengan status kau. Terima kasih tidak terhingga kerana sangat bijak memilih kawan. Aku tak kata dorang tu jahat tapi kalau kau rasa dorang tu boleh jadi shabat dunia akhirat kau just enjoy yourself. haaa ! Lagi satu, nanti sem depan korang boleh tubuhkan group assignment sendiri, so kitaorang tak payah bersusah payah nak tolong kau, okay ? Aku nak tengok betapa full marknya carry mark korang, THANKS WEHHH .sangat sukacita aku baca status kau. Aku ni baik baik jugak, loading loading jugak, pendiam pendiam jugak, tapi jangan ingat aku ni tak pandai terasa. # start kau kenalkan aku dengan member kau lagi aku dah banyak makan hati dengan kau, sumpah aku cakap hati aku banyak nanges sebab kau. Even mama aku sendiri dengar rintihan aku time kitaorang on called. Aku diam bukan sebab aku takut tapi sebab aku nak lebih kenal kau yang sebenarnya. Aku diam sebab aku nak tengok siapa boleh jadi kawan dan siapa boleh jadi lawan. Barulah aku tahu dunia luar yang sebenarnya.
tamat babak sahabat.


No comments:

Post a Comment